meh jd pengikut hani~

Friday, 1 June 2012

jauhi AKU dari sifat2 ini....

assalammualaikum semua...
wee...... hani kembali in the house!!
 smlm hani janji dlm fb hani nak cite pasal sifat2 wanita yg patut kte hindari...
jgn ada sifat mcm tuh...nnt lelaki lari x nak buat isteri~~


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1) wanita ANANAH:
banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit..
apa yang diberi atau yang dilakukan oleh suami untuk rumahtangganya semua tidak kene dan puas hati...

2) wanita MANANAH:
suka membangkit-bangkit terhadap suami.. wanita ini sering menyatakan kepada suami nya 'aku buat semua ini kerna kamu'.. wanita ini menidakan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk rumahtangga..
 biasanya wanita seperti ini berkerja dan mempunyai pangkat yang tinggi dari suami..

3) wanita HANANAH:
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anak nya dari suami yang lain.. wanita ini berangan-angan untuk mendapat suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada.. 
dalam erti kata lain, wanita ini tidak bsyukur dengan jodohnya itu.. wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinannya itu... dan dia juga telah merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya itu..

4) wanita HADAQAH:
melemparkan pandangan dan matanya pada sesuatu, lalu menyatakan keinginan nya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.. wanita sebegini memeningkan kepala lelaki..
dia tenguk apa saja dia mahu.. dia suka membandingkan diri nya dengan diri orang lain.. suka menunjuk-nunjuk.. wanita sebegini yang jadikan suami dahulu handsome tetapi kemudiannya botak..

5) wanita BARAQAH:
ada 2 makna;
i) sepanjang hari megilat dan menghias mukanya.. dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tunjuk kepada dunia.. suka melawa.. wang nya dihabiskan untuk membeli make up, kasut dan barang kemas.. wanita begini juga suka dipuji-puji.. kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya..
ii) dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya...

6) wanita SYADAQAH:
banyak cakap an tidak menentu lagi bising.. kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi,hanya tukang sibuk dan komen sahaja...


samapai sini saha share hani ngn korg k...
hope semua wanita sana tidak mepunyai sifat seperti itu..
peringatan utk diri sendiri juga...
assalammualaikum semua... :)

No comments:

Post a Comment