meh jd pengikut hani~

Saturday, 13 October 2012

opppssss!!!! si dia lebih muda... hmmm.....


assalammualaikum dan selamat petang...
wah,lama hani x update blog kn??
sorry lah erk pembaca semua... byk prob yg hani perlu settle kan...
n NOW im free...... so akan update mcm2 story n ilmu k...

mcm topik kt ats tuh....hmmmm sape ade pengalaman mcm nie??
 hani akui hani punya pengalaman mcm nie... ex BF hani muda dr hani 2 tahun...
aigo.......many prob i have... terutama dr financial.... asyik sy je kuar duit...
 mungkin dek kerana pengalaman dgn dia,nekad aftr diz couple sy x kan kuar duit... melainkan sama2 keluar... :)

bg hani, tak salah nk bcinta dng lelaki yg lebih muda dr kita.. umur bukan penghalang semua nya kn?? am i rite?? 
namun byk juga masyarakat luar sana, yg pelik n x setuju akan fenomena ini.. guy MUDA,gurl TUA... hehehe......
tapi kalau kita lihat balik, Nabi Muhammad SAW sndr pernah berkahwin dengan wanita yg lebih berusia dr nya..iaitu Siti Khadijah r.a n jarak umur mereka ialah 15 tahun...
jadi mengapa perlu pelik jika ini yg berlaku?


Saturday, 30 June 2012

lelaki OH lelaki.....


Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, hati, fikiran dan
perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun
sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada
di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti
Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu,
isteri atau puteri.

Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok
untuk diluruskan oleh lelaki,
tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus,
tak mungkin mampu nak meluruskan mereka.
Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan
bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk
Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh
Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA,
NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN,
NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal,
disitulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU.
HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN.
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan
nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur
dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi
ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana
menteri negara atau women gladiator.

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu
kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan.
Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan. Kerana
rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan
lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan
dan 'wan-wan' yang lain.

Tidak akan lahir superman
tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat
kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak
menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka
bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka
pula membengkokkannya.

LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan.
Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri,
apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai
boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun
akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan
bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk
patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para
lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan
tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum
memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri
sendiri dahulu kepadaNya.

Jinakkan diri dengan Allah,
nescaya akan jinaklah segala-galanya di
bawah kepimpinan kita.

JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH RA,
KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI RA...

doa nabi daud....


Ya Allah,
Aku mohon cintaMu dan cinta insan yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu…
Ya Allah,
Jadikan cintaMu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku, dan air yang dingin…
Ya Allah,
Hidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan jadikanlah aku seperti apa yang Engkau cintai.
Ya Allah,
Jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu…
(At- Tirmizi)



“ Mereka berkata, ‘ Cinta menjadikanmu gila sendangkan kau orang yang memahami agama. Ku katakana pada mereka, ‘Mengapa kalian iri padanya? Jawabnya, kerana ia mencinta dan dicintai pujuan jiwa. Adakah Muhammad mengharamkan cinta dan menghina umatnya yang jatuh cinta? Jangan berlagak mulia dengan menyebut cinta sebagai dosa. Jangan pedulikan apa kata orang tentang cinta. Bukankah manusia harus menetapi pilihannya? Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa?”
…Ibnu Hazm al Andalusi…


Wednesday, 6 June 2012

AKU HANYA LAH WANITA BIASA...

Aku bukanlah wanita berparas jelita..
Aku bukanlah wanita yang kaya harta..
Aku juga bukanlah wanita yang punya tahta..
Aku wanita Apa adanya..aku tidak sedermawan Khadijah..
Aku tidak setegar Fathimah..aku tidak sepintar Aisyah..


Aku wanita apa adanya..
Aku hanya seorang wanita yang,
Menginginkan kesederhanaan cinta..
Aku tidak menilai rupa..aku tidak menilai harta..
Aku tidak menilai tahta..aku hanya ingin Cinta yang sederhana..
Cinta yang berlandaskan Keredhaan-NYA..
Cinta yang mengharapkan Surga dari-NYA..
Cinta yang akan membawa keberkahan dan kebahagiaan dalam hidup..
Aku berharap kelak di Perbatasan Waktu..

Aku dipertemukan oleh insan pilihan-MU..
Seseorang yang hatinya terpaut pada-MU..
Seseorang yang mengikuti jejak Rasul-MU..
Seseorang yang mempedomani kitab-MU..
Seseorang yang akan menerima kekuranganku..
Yang akan membimbing hidupku..yang akan melengkapi hari-hariku..
Yang akan menahkodai bahtera cintaku..
Yang Mencintaiku tanpa menuntut kesempurnaan dariku..



Aku ingin mencintainya secara sederhana..tanpa menyusahkannya..
Tanpa membebaninya..aku berharap dia juga mencintaiku secara sederhana..
Sesederhana aku mencintainya..biarlah saat ini aku menyemai cinta bersama-MU..
Menyemai Kerinduan akan Wajah-MU..
Sebelum bertemu dengannya diPerbatasan Waktu

Aku sering memasang angan untuk membina istana indah. Dia sebagai RAJA dan aku sebagai RATU. Biarpun istana itu hanyalah pondok kecil, aku tau bahagia akan ada disitu. Yang dinanti bukanlah lamaran dengan batu permata, cukuplah akad dan janji yang setia.


Tuesday, 5 June 2012

CANTIK SEBENAR DALAM ISLAM...

assalammualaikum..... 
hye, td ms waktu maghrib..as usual rumah sy akn pasang astro oasis..
so,hani tgk td segmen cantik..
dalam selami jiwa by datuk dr fadzilah kamsah..
tetamu jemputan ifa raziah n seorang pakar plastic surgery...
 so hani rasa terpangil utk share ape yg hani bc di blog2 pilihan hani...n juga ape yg hani dgr dr ustaz.. :)

masa hani cari pasal cantik dalam islam... hani terjumpa satu cerita nie...masa zaman Rasulullah SAW dahulu...
jom baca!!
Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat nya- abu bakar RA, ke rumah Ali R.A ..
di rumah ali,isterinya Sayidatina Fatimah R.A, puteri Rasulullah SAW menghidangkan mereka madu yang diletakkan dalam sebuah mangkuk yang cantik...
semasa menghidangkan terdapat sehelai rambut didalam salah sebuah mangkuk itu.
Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya agar membuat satu perbandingan terhadap ketiga0tiga benda tersebut- mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut..

Abu Bakar r.a berkata:
“Iman itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis daripada madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut.”

Osman r.a berkata:
“Ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Ali r.a berkata :
“Tamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis daripada madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Fatimah r.a berkata :
“Seorang wanita itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik. Wanita yang berpurdah itu lebih manis daripada madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit daripada meniti sebuah rambut.”

Rasulullah SAW berkata:
“Seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis daripada madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Malaikat Jibril a.s berkata:
“Menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk urusan agama lebih manis daripada madu, dan mempertahankan urusan agama sampai akhir hayat lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Allah SWT berfirman:
“Syurga-Ku itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu, nikmat Syurga-Ku itu lebih manis daripada madu, dan jalan menuju Syurga-Ku adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

itulah ceritanya...
hmm.... klu kita lihat disini.... cantik dalam islam,tidak perlu bertabaruj berlebihan,berpakaian mahal2... or sebagai nya..
cuma cukup dengan syarat menutup aurat...

kat cini juga,hani nak share rahsia kekal cantik dalam islam...mengikut islam...
n hani rasa ia terlah terbukti benar seperti ape yg hani lihat pada diri ummi... n org sekeliling hani... :)

• Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

• Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

• Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).-

• Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

• Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

• Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
 

ummi hani selalu pesan....
kalau kita rajin solat, air wuduk yg kita ambil setiap kali solat itu akan bg cahaya yang cantik dimuka kita... x payah make up tebal2...
then ummi gk ckp,if akhlak kita baik,kita akan nampak cantik..
cantik dari dalam akan terpancar keluar dimuka kita..
kadang2 kita tgk,org yg cantik tp tiada siapa suka dia....
mungkin sbb akhlah nya kurang atau ade sbb tertentu....yg membolehkan kecantikan pada wajah nya kosong..
ada wanita itu pula,tidak cantik....tp akhlaknya baik n ramai org memuji dia cantik...kerna cantik dalam dirinya yang membolehkan dia kelihatan cantik..

bila hani tgk balik dalam diri hani...
hani bukan lah seorang yang cantik,terpaksa mengunakan make up tebal utk kelihatan cantik..tp ummi suka cakap...dh make up pun x nampak cantik jugak..sbb nya dulu hani jahil sgt...
tp alhamdulillah.... hani harap hani boleh istiqamah kan diri hani ini... :)
hani berubah bukan lah kerana untuk seseorang mahupun utk org puji hani baik or ape2 juga lah...
tetapi hani mengambil keputusan untuk menutup aurat hani, berubah demi kebaikan hani..
mujahadah itu pahit...tp syurga itu manis..
bg diri hani, hani dah lah jahil...mcm mane nak rasa nikmat syurga yg manis itu..
jadi,untuk itu hani berubah....n berkat hidayah allah.... hani berubah juga...
hani akui susah untuk istiqamah...but selagi hani berpegang kuat pada ajaran allah n mengikut segala yang disuruh...insyaallah hani berjaya...

hani doakan semua org luar sana menjadi lebih baik dari semalam dan hari ini...
amin~~
 wassalam... :)

Sunday, 3 June 2012

10 sifat CALON SUAMI yg menjadi pilihan wanita~~

hye guy2 kt luar saan yg turut menjadi pembaca blog hani...
assalammualaikum....
asyik post utk gurl jer...
now its time for u guy2 kt luar sana k..
hope korg semua ade sifat2 yg hani cite kn nie...
klu x de,susah lah nk dpt isteri yg solehah...
:)

1) kuat amalan agamanya. menjaga SOLAT FARDHU, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu.. tidak melengah-lengah kn solat.. auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. sifat ini boleh dilihat ketika mereka bersukan.. 

2) akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lemah lembut dan mudah bertolak ansur.. pertuturan nya juga haruslah sopan, melambangkan sopan dan hatinya yang mulia..

3) tegas mempertahankan maruah, tidak berkunjung ke tempat0tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya..

4) amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan yang dia ada..

5) tidak boros TETAPI tidak KEDEKUT, tahu membelanjakan wang dengan bijaksana..


6) menjaga mata dan tidak melihat perempuan lain yang lalu laang ketika bercakap-cakap..

7) pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian..

8) mempunyai rakan pergaulan yang baik.. rakan pergaulan itu biasa sama...

9) bertangungjawab.. lihatlah ketika dia bersama keluarga dan ibubapanya..

10) wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan..


kadang2 kita tgk...lelaki mahukan perempuan yang baik utk mereka.. walaupun mereka jahat mcm syaitan..bila berkahwin mereka tetap mahukan wanita yang baik..
dalam hadith telah pun tetulis... 
lelaki yg baik untuk wanita yang baik..
so,to get some1 better for us..
kte kene lah jadi yang tbaik juga...
sampai sini k..
salam sayang dr hani.. untuk semua.. :)

95 pekara wanita WAJIB tahu mengenai lelaki!!

assalammualaikum semua...
ms miss hani cari maklumat kt google..
miss hani terjumpa 
95 PEKARA WANITA WAJIB TAHU MENGENAI LELAKI..
oh,god!!
jom kte baca n tgk blk dlm diri lelaki yg kita sayangi...


  1. Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.
  2. Lelaki benci kekasih di'ngurat'
  3. Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
  4. Ketika seorang lelaki berkatadia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
  5. "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
  6. Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
  7. Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
  8. Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
  9. Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
  10. Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.
  11. Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. ... Jangan harap..
  12. Lelaki juga boleh menangis!
  13. Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.
  14. Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.
  15. Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
  16. Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.
  17. Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.
  18. Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
  19. Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
  20. Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok". 
  21. Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas.
  22. Lelaki benci gay!
  23. Lelaki sayangkan ibu mereka.
  24. Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros.
  25. Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki menyukainya.
  26. Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia.
  27. Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar-benar kata begitu.
  28. Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan.
  29. Perempuan adalah kelemahan lelaki.
  30. Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.
  31. Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu.
  32. Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.
  33. Lelaki benci kalau pakaian mereka menjadi kotor. Meskipun titik kecil.
  34. Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana.
  35. Kawan baik anda, yang menjadikan dia sebagai rujukan bagi teman lelaki anda tentang masalah dengan anda mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada dia.
  36. Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah , dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat ... 
  37. Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda.
  38. Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.
  39. Lelaki cinta gadis yang menggunakan otak dikepala lebih dari gadis otak di kasut.
  40. Lelaki cuba untuk mencari patung yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah.
  41. Lelaki boleh berbual tentang apa pun.
  42. Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka.
  43. Lelaki berfikir terlalu banyak.
  44. Fantasi lelaki tidak terbatas.
  45. Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki.
  46. Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu. 
  47. Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.
  48. Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.
  49. Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu.
  50. Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.
  51. Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal.
  52. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah, tapi mempunyai keazaman yang lemah. 
  53. Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan.
  54. Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup.
  55. Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia benar-benar maksudkannya.
  56. Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud, "Jangan pergi dan dengar saya" 
  57. Lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus.
  58. Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia memberikan yang terbaik dalam dirinya.
  59. Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting!
  60. Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.
  61. Lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama, dan kemudian menyedari pada akhirnya bahawa dia salah.
  62. Lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan.
  63. Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki 
  64. Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya.
  65. Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang terhadap novel dan make-up
  66. Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek. .... Amat-amat cinta.
  67. Lelaki suka seperti perempuan yang seperti ibunya. No kidding! ... ... Tetapi hanya bila lelaki itu bersedia
  68. Seorang lelaki mempunyai masalah lebih banyak daripada yang boleh anda lihat dengan mata anda.
  69. Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini!
  70. Jangan sombong. Lelaki boleh dengan mudah menyerah pada tanda pertama akan putus cinta.
  71. Jangan bias. Cuba mencintai seorang lelaki tanpa prasangka dan anda akan terkejut. :)
  72. Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.
  73. Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.
  74. Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.
  75. Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.
  76. Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.
  77. Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.
  78. Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.
  79. Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.
  80. Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.
  81. Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.
  82. Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.
  83. Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.
  84. Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.
  85. Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.
  86. Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!
  87. Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.
  88. Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.
  89. Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.
  90. Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.
  91. Perempuan dibenarkan untuk menyentuh hal-hal melibatkan diri lelaki. 'Tetapi bukan pada rambut mereka!'
  92. Jika seorang lelaki kata kamu cantik,lelaki itu suka anda.
  93. Lelaki benci perempuan yang gedik.
  94. Lelaki mencintaimu lebih dari kau mencintai dia JIKA dia serius dalam hubungan anda.
  95. Lelaki cair ketika gadis menyentuh tangan-tangan mereka ...

Friday, 1 June 2012

jauhi AKU dari sifat2 ini....

assalammualaikum semua...
wee...... hani kembali in the house!!
 smlm hani janji dlm fb hani nak cite pasal sifat2 wanita yg patut kte hindari...
jgn ada sifat mcm tuh...nnt lelaki lari x nak buat isteri~~


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1) wanita ANANAH:
banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit..
apa yang diberi atau yang dilakukan oleh suami untuk rumahtangganya semua tidak kene dan puas hati...

2) wanita MANANAH:
suka membangkit-bangkit terhadap suami.. wanita ini sering menyatakan kepada suami nya 'aku buat semua ini kerna kamu'.. wanita ini menidakan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk rumahtangga..
 biasanya wanita seperti ini berkerja dan mempunyai pangkat yang tinggi dari suami..

3) wanita HANANAH:
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anak nya dari suami yang lain.. wanita ini berangan-angan untuk mendapat suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada.. 
dalam erti kata lain, wanita ini tidak bsyukur dengan jodohnya itu.. wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinannya itu... dan dia juga telah merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya itu..

4) wanita HADAQAH:
melemparkan pandangan dan matanya pada sesuatu, lalu menyatakan keinginan nya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.. wanita sebegini memeningkan kepala lelaki..
dia tenguk apa saja dia mahu.. dia suka membandingkan diri nya dengan diri orang lain.. suka menunjuk-nunjuk.. wanita sebegini yang jadikan suami dahulu handsome tetapi kemudiannya botak..

5) wanita BARAQAH:
ada 2 makna;
i) sepanjang hari megilat dan menghias mukanya.. dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tunjuk kepada dunia.. suka melawa.. wang nya dihabiskan untuk membeli make up, kasut dan barang kemas.. wanita begini juga suka dipuji-puji.. kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya..
ii) dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya...

6) wanita SYADAQAH:
banyak cakap an tidak menentu lagi bising.. kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi,hanya tukang sibuk dan komen sahaja...


samapai sini saha share hani ngn korg k...
hope semua wanita sana tidak mepunyai sifat seperti itu..
peringatan utk diri sendiri juga...
assalammualaikum semua... :)

Thursday, 31 May 2012

coretan dari PELAKU DOSA....

bismillahhirrahmannirrahim...
Ya Allah Ya Rahman. Hari ini, aku memungkiri lagi janji taubatku..

Aku kembali mengulangi kesilapan lalu
Aku merelakan diriku dibuai godaan Nafsu
Aku biarkan diriku ditipu pujukan Syaitan

Sudah berkali-kali aku menzalimi diriku sendiri
Sudah berkali-kali aku merosakkan imanku sendiri
Walaupun aku sedar Engkau Maha Melihat
Walaupun aku sedar adanya Malaikat pencatat
Walaupun aku sedar dosa mengundang azab

Entah apa sudah jadi dengan diriku ini
Terasa Iman dijiwa semakin parah
Semakin lemah dan semakin rosak
Ketakutanku terhadap azabMu semakin kurang
Semakin pudar seakan lenyap

Aduh..teruknya diriku..

berhijab pilihan ku kini...

assalammualaikum semua..
weee, lama kn hani x post ape2 utk korg...
sorry erk...hani baru2 nie sibuk sikit tlg kawan hani kahwin...
then x de idea...
so now hani nk share ngn korg semua....
tentang hani pilih jalan utk berhijab...
means memilih kearah kebaikan...
ikuti kisah hani....

 nie lah hani dahulu.... hani btudung...tp mengikut mood hani...n juga ikut fesyen btudung...org nk tudung yuna,hani pun yuna..org nk tudung ikin...hani pun sama... namun hani sebenarnya tidak lah btudung... hani seorang yg seksi...pemakaian bebas ikut ape yg hani rasa selesa...

namun,byk pekara yg buat hani tersentak dan berfikir...
ketika hani cuti di kg ketika ini...
hani mendapat hidayah dr allah utk berhijrah ke arah yg lebih baik..
mcm biasa setiap hari khamis..hani akan tonton byk siaran berkaitan agama,seperti selami jiwa,semanis kurma,liga ilmu dan lain2...

kali nie selami jiwa by Dr.fadzilah kamsah telah menjemput catriana rose... 
semua org sedia maklum yg dia telah pun bhijrah utk memakai tudung sepenuh nya..
alhamdulillah...sama2 lah kita doakan terbaik tuk beliau..
hani sebak apabila mendengar luahan hati dan juga kisah dr nya..
kisah dia n hani hampir sama...
kak cat ckp ' ketika sy mula menyarung tudung....sy menangis... dan terus menghubungi kawan nya..utk  meminjam tudung... n apabila sy memakai tudung sy rasa sgt2 tenang... '
ujur nya lg...' ketika sy mula memakai tudung...ada juga kawan2 yg memerli, membantah..n bilang yg dia akn pki sekejap sahaja... tp x kurang juga yg menyokong perubahan nya itu... bg nya,utk kwn2 yg meninggalkan dia...tidak menjadi kudis dlm hidup nya...'
kak cat sebak apabila menceritakan kisah nya... n hani turut sebak mendengarnya..

betul akak... 
tak semua akan menyokong apa yg kita lakukan,,.
masa mula2 hani buat keputusan utk berhijab...hani sebak apabila cuba menyarung tudung utk pertama kali nya pada malam itu dgn ikhlas seikhlas hati hani...
sekarang tiada lg paksaan dr ummi hani n abah hani..
sepanjang malam hani menangis...
hani sedih dan takut...
hani baru tersedar yg selama ini hani hanya hidup dalam kekufuran allah..
 selama ini,hani merasakan hani bahagia....namun sebenarnya tidak...
utk langkah permulaan,hani telah mendelete semua gmbr hani di facebook yg tidak menutup aurat...
hani juga telah menghantar PM ke pada semua photog2 yg telah menangkap gmbr hani...supaya mereka mendelete gmbr hani yg tidak berhijab...

hani akui....
ramai juga yg menentang n ramai yg menyoalkan knp nk btudung...
x nak shoot seksi2 lg?
ade yg ckp,bg lah abg shoot seksi dulu,then baru btudung?
mcm2 yg mereka ckp...ade juga yg terus tidak melayan hani di facebook apabila melihat hani membuat keputusan utk berhijab...
ade juga diantara mereka menyokong...n medoakan utk hani... alhamdulillah pada mereka yg meyokong hani selama ini...

bg hani....
apabila hani mengambil keputusan berhijab...
means hani mengambil keputusan yg sgt besar...
setiap kali keluaran hani perlukan berhijab n juga bersederhana dlm pemakaian hani..
tidak ketat,menjolok kan mata... n bg hani jgn lah btudung di ats...tp di badan kelihatan bogel...dgn memakai pakaian yg jarang,nipis n ketat...
hani akn memastikan hani jauh dr semua itu... 
bukan senang utk ISTIQAMAH...
oleh itu,hani byk dekatkan diri hani dgn allah...solat, berzikir..mendengar lagu2 berbentuk agama...n juga mencari ilmu dgn kemudahan internet yg ade dirumah ini...
alhamdulillah...now hani lebih yakin dgn diri hani...n hani rasa selamat...
yg paling penting hani dpt jaga diri hani dr kekufuran allah... insyaallah...

ini lah wajah hani sekarang....insyaallah kekal sehingga akhir hayat hani....
hani doakan semoga pembaca yg di luar sana yg baru berhijab seperti hani akan tabah dlm ape jua cabaran yg korg tempuhi....jgn risau...selagi pekara yg kita buat adalah pekara yg baik...
allah akan sentiasa melindungi dan merestui segalanya... 
amin.... sekian ye...

Monday, 21 May 2012

rejab kembali lagi....

assalammualaikum dan selamat malam semua...
yeah~~~ bulan rejab kembali lg!!
suka nya hati hani ble bulan rejab dtg lg..
time nie lah kte nk buat pahala byk2~~
tol x???
Rejab ertinya 'MULIA'.. bereti bulan rejab ialah bulan yg mulia...
masyarakat jahiliyah mengelarnya sebagai bulan rejab adalah kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan peperangan didalam bulan ini...
Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah dibulan rejab..
dan bagi kita sebagai umat islam pula, kita memperingati dan memuliakan bulan Rejab adalah kerana sempena peristiwa besar yang berlaku ke atas Nabi junjungan kita iaitu peristiwa isra' mi'raj...

terdapat banyak peristiwa penting dalam bulan Rejab nie..
hani share ngn korg k..
1) HIJRAH PERTAMA HIJRAH KE HABSYAH(ETHIOPIA)
2) ISRA' MI'RAJ...

3) PERANG TABUK.
4)PEMBEBASAN BAITUL-MUQADDIS.
5) LAHIRNYA IMAM SHAFIE RH.

amalan yang terbaik dibulan Rejab ini ialah Berpuasa...
kat cni hani share ngn korg semua kelebihan berpuasa di bulan Rejab k..


puasa 1 hari : seperti berpuasa 40 hari dan mendapat keredhaan Allah serta syurga yang tetinggi,..
puasa 2 hari : mendapat kemuliaan besar dari Allah dan dilipatgandakan pahalanya..
puasa 3 hari : dijauhkan dugaan dunia dari Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya keneraka.,
puasa 4 hari : diselamatkan dari seksaan akhirat kelak serta fitnah dajjal..
puasa 5 hari : aman dari azab kubur..
puasa 6 hari : dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya..
puasa 7 hari : Allah menguncikan 7 pintu neraka jahanam untuk dirinya...
puasa 8 hari : Allah membuka 8 pintu syurga baginya..
puasa 9 hari : keluar dari kuburnya lalu, menyeru 'laailahaillallah' dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga..
puasa 10 hari : Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titi siratul mustaqim setiap 1 batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titi siratul mustaqim..
puasa 13 hari : saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti berpuasa 3000 tahun..
puasa 14 hari : Saidina ali berkata bahawa fadilatnya seperti berpuasa 10000 tahun..
puasa 15 hari : Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu disamping mengantikan amalan kejahatannya dengan amalan kebaikan. Saidina ali berkata bahawa fadilatnya seperti berpuasa 100000 tahun..
puasa 16 hari : dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama yang dapat mengziarahi Allah di syurga..
puasa 19 hari : dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam..
puasa 20 hari : Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya..
sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan bagi nya 70 dosa-dosa besar setiap hari,ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasad, 70 hajat ketika dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf, 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika meniti di titi siratul mustaqim..

jika kita berpuasa pada 27 Rejab(isra' mi'raj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya jika disertai dengan sedekah seumpama berpuasa 1000 tahun..
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji. 
Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. 
Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. 
Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

alangkah banyaknya kelebihan yang kita dapat pada bulan Rejab kan???
so ape lagi kawan2, jom lah kita berlumba-lumba berebut pahala....
selain kelebihan di ats ade juga kelebihan lain..
nak tahu x???

Kelebihan lain bulan Rejab: Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun 
Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain. 


Doa pada bulan Rejab...

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah." 




okies lah kawan2 semua....smpai sini share dr hani..jom berpuasa esok.... sama-sama lah kita ambk sebanyak pahala yg boleh k... :)

Sunday, 20 May 2012

Miss Hani asal THAILAND ???????

assalammualaikum dan selamat malam semua...
weee.... hani rindu pembaca semua!!
cam dh lama x update blog je kn..
cam tajuk kt ats tuh.... hani asal thai??
pelik kn....
hmm.....cite dia mcm nie...abah hani org perak..
n ummi hani yg berasal dr thailand..
berasal dari selatan thailand..
so,rite now mmg semua fmly belah ummi hani byk di thailand n kelate gk..
nie tasik kt kg ummi hani kt thai..

klu korg semua perasan lah kn..muka hani x mcm muka gurl melayu yg lain..
mmg dr dulu lg..dgn mata yg sepet...dgn muka yg mmg berlainan skit..org sekeliling sure tahu yg hani bkn lah melayu biasa..tp ade mixed..
 hani pnh ingt 1 kes.. time tuh hani kene tahan dgn polis kt putrajaya...
wee,diaorg mintk pasport hani..sbb diaorg ingt hani nie bkn org malaysia..
senget tol diaorg tuh!
pnh lg 1 kes kn,kt dlm bilik lecturer,ade lecturer tuh tnya dpn semua student lain..hani nie ade mixed ke x?
hani jwb ler ade..then dia ckp ptt ler muka u lain..
n mcm2 lah yg hani dpt...
 tgk mata ku yg sepet ini...

 seperti yg korg semua tahu...hani kn ade lah buat modeling skit2..
wee...mmg makeup artist yg make up hani semua ckp,hani berkulit cerah n mempunyai mata yg sepet...so klu letak eye shadow kene kasi tebal...sat g tengelam ble buka mata..
hani bangga sbb hani ade mixed dr sana...
mmg ade yg cam x ske kt hani sbb hani dr siam kn..
ye la,kt sana kn bebas semua...
so,bg diaorg hani pun mcm org2 kt sana..
cuma 1 lah hani nk cite kt korg..
org thailand nie penuh dgn adat sopan santun n juga tertib nya tau...
cara mereka bercakap sgt lah lemah lembut..
n then plg utama org thailand pndai masak!!
 sape setuju??
mst korg semua setuju kn..ye la...korg tgk restaurant yg blambak kt malaysia nie..semua nk mkn cara masakan panas..so sbb ape?? sbb thai food sedap..

 kt cni hani nk share makanan yg hani ske sgt mkn klu blk sana...blk je sana sure hani cari makanan nie..
 nie mee celup~~
 pulut pauh...
somtam...

hani mmg ske sgt thai food...n plg penting hani boleh memasak dgn baik yew..
x guna kalau kita cantik,tp x reti masak..
ummi hani ckp, org perempuan kene pndai masak...n then nk ikat suami..ikat lah perut nya..
tuh petua rumahtangga yg ummi hani beri kt hani auw..
then sharing ngn korg...

nak tgk x muka fmly hani x??? hani share ngn korg serba sedikit k...




dari kiri hani nenek hani,adik hani,,sepupu hani,
gmbr kt bawah uncle n juga anak sedara hani..
nie semua dr thai...

selain dr makanan, hani ske sgt holiday kt sana..
wee...mmg best...n klu honeymoon mmg sesuai sgt..
romantik placa n juga byk tmpt yg menarik...
so,hani nk share ngn korg antara tmpt yg mmg selalu hani g..
 pelik x?? penjaja jual dlm perahu..ini adalah salah satu tarikan kt thai tau..tmpt nie kt ayuthaiya..

 nie jambatan yg menghubungkan thai n malaysia..
ms nk buat jambatan nie,uncle hani la salah sorg kontraktor nya..
ms perasmian,hani salah sorg yg dtg as VIP..weee...best2...
 nie kt narathiwat....yg plg besar tokong buddha ialah kt narathiwat...
 nie kt songkhla... wee...hani selalu g kt ikan duyung nie...
 nie dekat hatyai...
nie dekat krabi....
ummi hani pnh bwk ms hani kecik lg...

lg nk cite ape erk???
hmmm....hani rasa ini saja lah yg hani share ngn korg pasal hani kt thailand n juga ade mixed ngn thai k...
hope korg semua berpeluang g holiday kt thai k...
best g sana..
x rugi klu korg g sana,....
salam dr hani...