assalammualaikum.....
hye, td ms waktu maghrib..as usual rumah sy akn pasang astro oasis..
so,hani tgk td segmen cantik..
dalam selami jiwa by datuk dr fadzilah kamsah..
tetamu jemputan ifa raziah n seorang pakar plastic surgery...
so hani rasa terpangil utk share ape yg hani bc di blog2 pilihan hani...n juga ape yg hani dgr dr ustaz.. :)
masa hani cari pasal cantik dalam islam... hani terjumpa satu cerita nie...masa zaman Rasulullah SAW dahulu...
jom baca!!
Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat nya- abu bakar RA, ke rumah Ali R.A ..
di rumah ali,isterinya Sayidatina Fatimah R.A, puteri Rasulullah SAW menghidangkan mereka madu yang diletakkan dalam sebuah mangkuk yang cantik...
semasa menghidangkan terdapat sehelai rambut didalam salah sebuah mangkuk itu.
Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya agar membuat satu perbandingan terhadap ketiga0tiga benda tersebut- mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut..
Abu Bakar r.a berkata:
“Iman itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis daripada madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut.”
Osman r.a berkata:
“Ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”
Ali r.a berkata :
“Tamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis daripada madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”
Fatimah r.a berkata :
“Seorang wanita itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik. Wanita yang berpurdah itu lebih manis daripada madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit daripada meniti sebuah rambut.”
Rasulullah SAW berkata:
“Seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis daripada madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”
Malaikat Jibril a.s berkata:
“Menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk urusan agama lebih manis daripada madu, dan mempertahankan urusan agama sampai akhir hayat lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”
Allah SWT berfirman:
“Syurga-Ku itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu, nikmat Syurga-Ku itu lebih manis daripada madu, dan jalan menuju Syurga-Ku adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”
itulah ceritanya...
hmm.... klu kita lihat disini.... cantik dalam islam,tidak perlu bertabaruj berlebihan,berpakaian mahal2... or sebagai nya..
cuma cukup dengan syarat menutup aurat...
kat cini juga,hani nak share rahsia kekal cantik dalam islam...mengikut islam...
n hani rasa ia terlah terbukti benar seperti ape yg hani lihat pada diri ummi... n org sekeliling hani... :)
• Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.
• Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
• Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).-
• Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
• Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
• Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
ummi hani selalu pesan....
kalau kita rajin solat, air wuduk yg kita ambil setiap kali solat itu akan bg cahaya yang cantik dimuka kita... x payah make up tebal2...
then ummi gk ckp,if akhlak kita baik,kita akan nampak cantik..
cantik dari dalam akan terpancar keluar dimuka kita..
kadang2 kita tgk,org yg cantik tp tiada siapa suka dia....
mungkin sbb akhlah nya kurang atau ade sbb tertentu....yg membolehkan kecantikan pada wajah nya kosong..
ada wanita itu pula,tidak cantik....tp akhlaknya baik n ramai org memuji dia cantik...kerna cantik dalam dirinya yang membolehkan dia kelihatan cantik..
bila hani tgk balik dalam diri hani...
hani bukan lah seorang yang cantik,terpaksa mengunakan make up tebal utk kelihatan cantik..tp ummi suka cakap...dh make up pun x nampak cantik jugak..sbb nya dulu hani jahil sgt...
tp alhamdulillah.... hani harap hani boleh istiqamah kan diri hani ini... :)
hani berubah bukan lah kerana untuk seseorang mahupun utk org puji hani baik or ape2 juga lah...
tetapi hani mengambil keputusan untuk menutup aurat hani, berubah demi kebaikan hani..
mujahadah itu pahit...tp syurga itu manis..
bg diri hani, hani dah lah jahil...mcm mane nak rasa nikmat syurga yg manis itu..
jadi,untuk itu hani berubah....n berkat hidayah allah.... hani berubah juga...
hani akui susah untuk istiqamah...but selagi hani berpegang kuat pada ajaran allah n mengikut segala yang disuruh...insyaallah hani berjaya...
hani doakan semua org luar sana menjadi lebih baik dari semalam dan hari ini...
amin~~
wassalam... :)