meh jd pengikut hani~

Monday, 21 May 2012

rejab kembali lagi....

assalammualaikum dan selamat malam semua...
yeah~~~ bulan rejab kembali lg!!
suka nya hati hani ble bulan rejab dtg lg..
time nie lah kte nk buat pahala byk2~~
tol x???
Rejab ertinya 'MULIA'.. bereti bulan rejab ialah bulan yg mulia...
masyarakat jahiliyah mengelarnya sebagai bulan rejab adalah kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan peperangan didalam bulan ini...
Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah dibulan rejab..
dan bagi kita sebagai umat islam pula, kita memperingati dan memuliakan bulan Rejab adalah kerana sempena peristiwa besar yang berlaku ke atas Nabi junjungan kita iaitu peristiwa isra' mi'raj...

terdapat banyak peristiwa penting dalam bulan Rejab nie..
hani share ngn korg k..
1) HIJRAH PERTAMA HIJRAH KE HABSYAH(ETHIOPIA)
2) ISRA' MI'RAJ...

3) PERANG TABUK.
4)PEMBEBASAN BAITUL-MUQADDIS.
5) LAHIRNYA IMAM SHAFIE RH.

amalan yang terbaik dibulan Rejab ini ialah Berpuasa...
kat cni hani share ngn korg semua kelebihan berpuasa di bulan Rejab k..


puasa 1 hari : seperti berpuasa 40 hari dan mendapat keredhaan Allah serta syurga yang tetinggi,..
puasa 2 hari : mendapat kemuliaan besar dari Allah dan dilipatgandakan pahalanya..
puasa 3 hari : dijauhkan dugaan dunia dari Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya keneraka.,
puasa 4 hari : diselamatkan dari seksaan akhirat kelak serta fitnah dajjal..
puasa 5 hari : aman dari azab kubur..
puasa 6 hari : dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya..
puasa 7 hari : Allah menguncikan 7 pintu neraka jahanam untuk dirinya...
puasa 8 hari : Allah membuka 8 pintu syurga baginya..
puasa 9 hari : keluar dari kuburnya lalu, menyeru 'laailahaillallah' dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga..
puasa 10 hari : Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titi siratul mustaqim setiap 1 batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titi siratul mustaqim..
puasa 13 hari : saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti berpuasa 3000 tahun..
puasa 14 hari : Saidina ali berkata bahawa fadilatnya seperti berpuasa 10000 tahun..
puasa 15 hari : Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu disamping mengantikan amalan kejahatannya dengan amalan kebaikan. Saidina ali berkata bahawa fadilatnya seperti berpuasa 100000 tahun..
puasa 16 hari : dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama yang dapat mengziarahi Allah di syurga..
puasa 19 hari : dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam..
puasa 20 hari : Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya..
sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan bagi nya 70 dosa-dosa besar setiap hari,ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasad, 70 hajat ketika dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf, 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika meniti di titi siratul mustaqim..

jika kita berpuasa pada 27 Rejab(isra' mi'raj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya jika disertai dengan sedekah seumpama berpuasa 1000 tahun..
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji. 
Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. 
Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. 
Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

alangkah banyaknya kelebihan yang kita dapat pada bulan Rejab kan???
so ape lagi kawan2, jom lah kita berlumba-lumba berebut pahala....
selain kelebihan di ats ade juga kelebihan lain..
nak tahu x???

Kelebihan lain bulan Rejab: Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun 
Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain. 


Doa pada bulan Rejab...

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah." 




okies lah kawan2 semua....smpai sini share dr hani..jom berpuasa esok.... sama-sama lah kita ambk sebanyak pahala yg boleh k... :)

No comments:

Post a Comment