meh jd pengikut hani~

Thursday, 31 May 2012

coretan dari PELAKU DOSA....

bismillahhirrahmannirrahim...
Ya Allah Ya Rahman. Hari ini, aku memungkiri lagi janji taubatku..

Aku kembali mengulangi kesilapan lalu
Aku merelakan diriku dibuai godaan Nafsu
Aku biarkan diriku ditipu pujukan Syaitan

Sudah berkali-kali aku menzalimi diriku sendiri
Sudah berkali-kali aku merosakkan imanku sendiri
Walaupun aku sedar Engkau Maha Melihat
Walaupun aku sedar adanya Malaikat pencatat
Walaupun aku sedar dosa mengundang azab

Entah apa sudah jadi dengan diriku ini
Terasa Iman dijiwa semakin parah
Semakin lemah dan semakin rosak
Ketakutanku terhadap azabMu semakin kurang
Semakin pudar seakan lenyap

Aduh..teruknya diriku..

berhijab pilihan ku kini...

assalammualaikum semua..
weee, lama kn hani x post ape2 utk korg...
sorry erk...hani baru2 nie sibuk sikit tlg kawan hani kahwin...
then x de idea...
so now hani nk share ngn korg semua....
tentang hani pilih jalan utk berhijab...
means memilih kearah kebaikan...
ikuti kisah hani....

 nie lah hani dahulu.... hani btudung...tp mengikut mood hani...n juga ikut fesyen btudung...org nk tudung yuna,hani pun yuna..org nk tudung ikin...hani pun sama... namun hani sebenarnya tidak lah btudung... hani seorang yg seksi...pemakaian bebas ikut ape yg hani rasa selesa...

namun,byk pekara yg buat hani tersentak dan berfikir...
ketika hani cuti di kg ketika ini...
hani mendapat hidayah dr allah utk berhijrah ke arah yg lebih baik..
mcm biasa setiap hari khamis..hani akan tonton byk siaran berkaitan agama,seperti selami jiwa,semanis kurma,liga ilmu dan lain2...

kali nie selami jiwa by Dr.fadzilah kamsah telah menjemput catriana rose... 
semua org sedia maklum yg dia telah pun bhijrah utk memakai tudung sepenuh nya..
alhamdulillah...sama2 lah kita doakan terbaik tuk beliau..
hani sebak apabila mendengar luahan hati dan juga kisah dr nya..
kisah dia n hani hampir sama...
kak cat ckp ' ketika sy mula menyarung tudung....sy menangis... dan terus menghubungi kawan nya..utk  meminjam tudung... n apabila sy memakai tudung sy rasa sgt2 tenang... '
ujur nya lg...' ketika sy mula memakai tudung...ada juga kawan2 yg memerli, membantah..n bilang yg dia akn pki sekejap sahaja... tp x kurang juga yg menyokong perubahan nya itu... bg nya,utk kwn2 yg meninggalkan dia...tidak menjadi kudis dlm hidup nya...'
kak cat sebak apabila menceritakan kisah nya... n hani turut sebak mendengarnya..

betul akak... 
tak semua akan menyokong apa yg kita lakukan,,.
masa mula2 hani buat keputusan utk berhijab...hani sebak apabila cuba menyarung tudung utk pertama kali nya pada malam itu dgn ikhlas seikhlas hati hani...
sekarang tiada lg paksaan dr ummi hani n abah hani..
sepanjang malam hani menangis...
hani sedih dan takut...
hani baru tersedar yg selama ini hani hanya hidup dalam kekufuran allah..
 selama ini,hani merasakan hani bahagia....namun sebenarnya tidak...
utk langkah permulaan,hani telah mendelete semua gmbr hani di facebook yg tidak menutup aurat...
hani juga telah menghantar PM ke pada semua photog2 yg telah menangkap gmbr hani...supaya mereka mendelete gmbr hani yg tidak berhijab...

hani akui....
ramai juga yg menentang n ramai yg menyoalkan knp nk btudung...
x nak shoot seksi2 lg?
ade yg ckp,bg lah abg shoot seksi dulu,then baru btudung?
mcm2 yg mereka ckp...ade juga yg terus tidak melayan hani di facebook apabila melihat hani membuat keputusan utk berhijab...
ade juga diantara mereka menyokong...n medoakan utk hani... alhamdulillah pada mereka yg meyokong hani selama ini...

bg hani....
apabila hani mengambil keputusan berhijab...
means hani mengambil keputusan yg sgt besar...
setiap kali keluaran hani perlukan berhijab n juga bersederhana dlm pemakaian hani..
tidak ketat,menjolok kan mata... n bg hani jgn lah btudung di ats...tp di badan kelihatan bogel...dgn memakai pakaian yg jarang,nipis n ketat...
hani akn memastikan hani jauh dr semua itu... 
bukan senang utk ISTIQAMAH...
oleh itu,hani byk dekatkan diri hani dgn allah...solat, berzikir..mendengar lagu2 berbentuk agama...n juga mencari ilmu dgn kemudahan internet yg ade dirumah ini...
alhamdulillah...now hani lebih yakin dgn diri hani...n hani rasa selamat...
yg paling penting hani dpt jaga diri hani dr kekufuran allah... insyaallah...

ini lah wajah hani sekarang....insyaallah kekal sehingga akhir hayat hani....
hani doakan semoga pembaca yg di luar sana yg baru berhijab seperti hani akan tabah dlm ape jua cabaran yg korg tempuhi....jgn risau...selagi pekara yg kita buat adalah pekara yg baik...
allah akan sentiasa melindungi dan merestui segalanya... 
amin.... sekian ye...

Monday, 21 May 2012

rejab kembali lagi....

assalammualaikum dan selamat malam semua...
yeah~~~ bulan rejab kembali lg!!
suka nya hati hani ble bulan rejab dtg lg..
time nie lah kte nk buat pahala byk2~~
tol x???
Rejab ertinya 'MULIA'.. bereti bulan rejab ialah bulan yg mulia...
masyarakat jahiliyah mengelarnya sebagai bulan rejab adalah kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan peperangan didalam bulan ini...
Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah dibulan rejab..
dan bagi kita sebagai umat islam pula, kita memperingati dan memuliakan bulan Rejab adalah kerana sempena peristiwa besar yang berlaku ke atas Nabi junjungan kita iaitu peristiwa isra' mi'raj...

terdapat banyak peristiwa penting dalam bulan Rejab nie..
hani share ngn korg k..
1) HIJRAH PERTAMA HIJRAH KE HABSYAH(ETHIOPIA)
2) ISRA' MI'RAJ...

3) PERANG TABUK.
4)PEMBEBASAN BAITUL-MUQADDIS.
5) LAHIRNYA IMAM SHAFIE RH.

amalan yang terbaik dibulan Rejab ini ialah Berpuasa...
kat cni hani share ngn korg semua kelebihan berpuasa di bulan Rejab k..


puasa 1 hari : seperti berpuasa 40 hari dan mendapat keredhaan Allah serta syurga yang tetinggi,..
puasa 2 hari : mendapat kemuliaan besar dari Allah dan dilipatgandakan pahalanya..
puasa 3 hari : dijauhkan dugaan dunia dari Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya keneraka.,
puasa 4 hari : diselamatkan dari seksaan akhirat kelak serta fitnah dajjal..
puasa 5 hari : aman dari azab kubur..
puasa 6 hari : dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya..
puasa 7 hari : Allah menguncikan 7 pintu neraka jahanam untuk dirinya...
puasa 8 hari : Allah membuka 8 pintu syurga baginya..
puasa 9 hari : keluar dari kuburnya lalu, menyeru 'laailahaillallah' dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga..
puasa 10 hari : Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titi siratul mustaqim setiap 1 batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titi siratul mustaqim..
puasa 13 hari : saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti berpuasa 3000 tahun..
puasa 14 hari : Saidina ali berkata bahawa fadilatnya seperti berpuasa 10000 tahun..
puasa 15 hari : Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu disamping mengantikan amalan kejahatannya dengan amalan kebaikan. Saidina ali berkata bahawa fadilatnya seperti berpuasa 100000 tahun..
puasa 16 hari : dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama yang dapat mengziarahi Allah di syurga..
puasa 19 hari : dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam..
puasa 20 hari : Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya..
sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan bagi nya 70 dosa-dosa besar setiap hari,ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasad, 70 hajat ketika dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf, 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika meniti di titi siratul mustaqim..

jika kita berpuasa pada 27 Rejab(isra' mi'raj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya jika disertai dengan sedekah seumpama berpuasa 1000 tahun..
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji. 
Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. 
Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. 
Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

alangkah banyaknya kelebihan yang kita dapat pada bulan Rejab kan???
so ape lagi kawan2, jom lah kita berlumba-lumba berebut pahala....
selain kelebihan di ats ade juga kelebihan lain..
nak tahu x???

Kelebihan lain bulan Rejab: Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun 
Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain. 


Doa pada bulan Rejab...

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah." 




okies lah kawan2 semua....smpai sini share dr hani..jom berpuasa esok.... sama-sama lah kita ambk sebanyak pahala yg boleh k... :)

Sunday, 20 May 2012

Miss Hani asal THAILAND ???????

assalammualaikum dan selamat malam semua...
weee.... hani rindu pembaca semua!!
cam dh lama x update blog je kn..
cam tajuk kt ats tuh.... hani asal thai??
pelik kn....
hmm.....cite dia mcm nie...abah hani org perak..
n ummi hani yg berasal dr thailand..
berasal dari selatan thailand..
so,rite now mmg semua fmly belah ummi hani byk di thailand n kelate gk..
nie tasik kt kg ummi hani kt thai..

klu korg semua perasan lah kn..muka hani x mcm muka gurl melayu yg lain..
mmg dr dulu lg..dgn mata yg sepet...dgn muka yg mmg berlainan skit..org sekeliling sure tahu yg hani bkn lah melayu biasa..tp ade mixed..
 hani pnh ingt 1 kes.. time tuh hani kene tahan dgn polis kt putrajaya...
wee,diaorg mintk pasport hani..sbb diaorg ingt hani nie bkn org malaysia..
senget tol diaorg tuh!
pnh lg 1 kes kn,kt dlm bilik lecturer,ade lecturer tuh tnya dpn semua student lain..hani nie ade mixed ke x?
hani jwb ler ade..then dia ckp ptt ler muka u lain..
n mcm2 lah yg hani dpt...
 tgk mata ku yg sepet ini...

 seperti yg korg semua tahu...hani kn ade lah buat modeling skit2..
wee...mmg makeup artist yg make up hani semua ckp,hani berkulit cerah n mempunyai mata yg sepet...so klu letak eye shadow kene kasi tebal...sat g tengelam ble buka mata..
hani bangga sbb hani ade mixed dr sana...
mmg ade yg cam x ske kt hani sbb hani dr siam kn..
ye la,kt sana kn bebas semua...
so,bg diaorg hani pun mcm org2 kt sana..
cuma 1 lah hani nk cite kt korg..
org thailand nie penuh dgn adat sopan santun n juga tertib nya tau...
cara mereka bercakap sgt lah lemah lembut..
n then plg utama org thailand pndai masak!!
 sape setuju??
mst korg semua setuju kn..ye la...korg tgk restaurant yg blambak kt malaysia nie..semua nk mkn cara masakan panas..so sbb ape?? sbb thai food sedap..

 kt cni hani nk share makanan yg hani ske sgt mkn klu blk sana...blk je sana sure hani cari makanan nie..
 nie mee celup~~
 pulut pauh...
somtam...

hani mmg ske sgt thai food...n plg penting hani boleh memasak dgn baik yew..
x guna kalau kita cantik,tp x reti masak..
ummi hani ckp, org perempuan kene pndai masak...n then nk ikat suami..ikat lah perut nya..
tuh petua rumahtangga yg ummi hani beri kt hani auw..
then sharing ngn korg...

nak tgk x muka fmly hani x??? hani share ngn korg serba sedikit k...




dari kiri hani nenek hani,adik hani,,sepupu hani,
gmbr kt bawah uncle n juga anak sedara hani..
nie semua dr thai...

selain dr makanan, hani ske sgt holiday kt sana..
wee...mmg best...n klu honeymoon mmg sesuai sgt..
romantik placa n juga byk tmpt yg menarik...
so,hani nk share ngn korg antara tmpt yg mmg selalu hani g..
 pelik x?? penjaja jual dlm perahu..ini adalah salah satu tarikan kt thai tau..tmpt nie kt ayuthaiya..

 nie jambatan yg menghubungkan thai n malaysia..
ms nk buat jambatan nie,uncle hani la salah sorg kontraktor nya..
ms perasmian,hani salah sorg yg dtg as VIP..weee...best2...
 nie kt narathiwat....yg plg besar tokong buddha ialah kt narathiwat...
 nie kt songkhla... wee...hani selalu g kt ikan duyung nie...
 nie dekat hatyai...
nie dekat krabi....
ummi hani pnh bwk ms hani kecik lg...

lg nk cite ape erk???
hmmm....hani rasa ini saja lah yg hani share ngn korg pasal hani kt thailand n juga ade mixed ngn thai k...
hope korg semua berpeluang g holiday kt thai k...
best g sana..
x rugi klu korg g sana,....
salam dr hani...

Friday, 18 May 2012

Surat Untuk Mu... posto..posto....


Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Kehadapan calon suami ku...
Apa khabar dirimu hari ini?
adakah harimu hari ini dilalui dengan syukur kerana masih berpeluang bernafas di bumi allah ini?

Duhai calon suami ku, 
Tahu kah engkau Allah begitu amat mencintai diriku ini..
sehingga kan Dia memberi aku peluang untuk bertaubat setelah semua kesilapan yang aku lakukan..
Disini, aku dibesarkan oleh kedua orang tua ku,supaya apabila aku dewasa kelak aku lebih bijak untuk mengharungi segala dugaan yang bakal Allah berikan dan bersiap untuk mendampingimu wahai calon suami ku..
Meski pun terkadang aku tersasar dari landasan yang sepatutnya aku tempuhi, namum aku masih berpeluang untuk kembali ke landasan yang tepat..
Namun, setelah apa yang aku tempuhi, aku merasakan diri aku lebih baik dari dahulu..

Duhai calon pemilik tulang rusukku, aku akan segara hadir dan dampingi dirimu pada malam itu dan ku tunggu sehingga lafaz IJAB terucap dari bibirmu itu..
Aku akan menjaga diri ku seadanya, dan aku akan berhijab dengan sempurna walaupun dahulunya aku cuma berhijab mengikut arus kemodenan fesyen..
Insyaallah...


Duhai calon imam dalam solatku, aku akan selalu hadir dalam cintamu kepada Allah.. dan akan ku hamparkan sejadah sebagai alas sujudmu, dengan hadirku sebagai makmum INSYAALLAH akan menyempurnakan lagi solat kita..
Deru doamu akan ku iringi AMINNN dari lisanku...
Dengan diduga, airmata ku berlinangan x henti berdoa kepadaNya...

Wahai calon pemilik tangan gagah yang akan menolong ku ketika aku tersungkur dan jatuh, lindungi lah aku dalam perjalanan hidup kita..
Jangan lah diri mu mempersiakan diriku ini..
Aku akan temani dirimu tidak kira lah susah mahupun senang dan akan membalut luka mu dengan cinta yang Allah berikan kepadaku..

Duhai calon pengusap airmata ku, sungguh engkau tidak rela melihat calon bidadarimu ini menangis, usaplah lembut pipiku agar tidak menangis, dan ku haluskan telapak kakimu dengan mencuci ketika engkau pulang dari mencari nafkah untuk kita..

Duhai calon ayah kepada anak-anak ku, akan ku tanam ilmu agama dalam diri mereka, santun kepada orangtuanya, akhlak yang terpuji serta menjadi anak yang soleh dan solehah..
Duhai calon nahkoda bahtera kita, marilah kita hiasi rumah kita dengan cahaya iman dari Allah dan bantui lah dalam membentuk anak-anak mu..

Calon suamiku, 
entah dimana dirimu sekarang. tapi aku yakin Allah turut mencintai diri mu sebagaimana Dia mencintai aku..
Aku yakin Dia tengah melatihmu menjadi pemimpin yang teguh kelak..
Apa yang aku harapkan darimu kesolehan, kelak engkau akan menyambung kerja orang tua ku dalam mendidik diriku ini..
Jika kecantikan yang kau dampakan dariku, hanya lah sia-sia sahaja..
Aku ini pemcemburu kuat, tetapi jika cinta mu pada Allah dan rasulNya melebihi cinta mu padaku, aku rela...

Wahai calon suami ku, saat aku ketika ini menjadi asuhan abah dan ummiku, tidak lain doaku agar menjadi anak yang solehah agar kelak menjadi tabungan untuk ku diakhirat kelak..
Namun nanti, setelah aku menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak disyurga cukup aku menjadi bidadarimu mendamping dirimu yang soleh..

Calon suamiku,
Kini aku sedang belajar untuk menjadi yang terbaik meski bukan umat yang baik tetapi setidaknya menjadi yang terbaik disisimu kelak..
Bunga yang kelihatan indah pada tepat waktunya, ialah ketika ia mekar menghiasi taman, maka kini aku tengah mempersiapkan diri ini sebaik-baiknya untuk menyambut kehadiranmu dalam hidupku..
Aku hanya lah wanita biasa, nampak sempurna luaran nya, namun hakikatnya mendambakan seseorang untuk menyempurnakan aku..

Buat engkau yang dihatiku, 
aku hanyalah wanita biasa yang kadang kala aku kelalaian seketika, maafkan aku...tegur lah diri ku ini...agar menjadi wanita yang sempurna...


Calon suamiku, inilah sekilas nukilan harapan dari calon isterimu ini.. bersabarlah calon suamiku...
doaku selalu agar allah mempermudahkan jalanmu untuk menjemput aku sebagai bidadarimu..
semoga allah menjaga dan memelihara dirimu seperti mana dia menjaga aku..
Sekiranya kamu tersasar dari landasan Nya, kembali lah ke pangkuan nya,seperti mana aku jua...
Agar ketika kita bersama, tiada cacat cela dari diriku mahu pun dirimu..
maafkan aku kerna sebelum ini aku lalai dalam mencintai Allah...dan insyallah ketika engkau ketemu aku...Cinta ku pada allah melebihi cinta ku pada mu...
Atas restu Allah aku berharap aku adalah yang terakhir buat dirimu..
sekian dulu dari calon isterimu..
salam cinta dari ku..
wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh...





Thursday, 17 May 2012

Aku Terima Nikahnya...

assalammualaikum...n selamat malam semua..
mungkin skrg korg semua dh tido kn..
ingt x masa semua student IPTA n IPTS dpt voucher Rm200.00 ari tuh??
hani x tahu nak beli buku ape..
so hani decide beli buku AKU TERIMA NIKAHNYA dr USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL.
itu adlaah salah satu buku yg hani beli..
hasrizalabduljamil (nie link fb nya)
ini lah bukunya... :)

hani dh abis baca buku nie..
tp disebabkan byk ms terluang..selain mengupdatekn blog nie..
hani ulang balik baca buku nie..
hani nk share sesuatu ilmu yg hani perolehi dari buku ini..
ade 3 komplikasi buku terbaik dlm buku ini...
yg pertama AKU TERIMA NIKAHNYA..
hari ni hani nk share tentang ini dulu..

yee...memang benar hani belum bnikah lg...plg tepat hani masih belum menjadi kepunyaan pada mane2 insan bernama lelaki diluar sana..
namun,hani ingin share kn ilmu yg hani perolehi bersama pembaca semua..

Wednesday, 16 May 2012

Jika Kamu Putus Cinta..

assalammualaikum pada semua pembaca..
tiba2 late nite nie,hani terpanggil utk menulis entry tentang PUTUS CINTA..
sape x pernah putus cinta?
angkat tangan!!
ngeee.....hani rasa semua org dlm hidup mereka pernah putus cinta,melainkan pada mereka yg x pernah bcinta sebelum bkahwin..
utk mereka yg sebegitu,SYABAS....anda dpt memelihara rasa cinta anda pada allah sahaja sblm bkahwin..
hani akui hani sndr pun pnh putus cinta...
hani pernah menangis dek kerna putus cinta..hani memangis bukan kerna hani memerlukan dia kembali pada hani..tetapi memikir kan amat susah untuk kita melupakan seseorang yang kita cintai..
mula2 memang lah kita susah nak lupakan insan yg kita cintai..
namun hani pegang prinsip ummi hani..
allah berikan kita cinta...
kemudian allah tarik nikmat cinta itu dari kita(means kita putus cinta) kenapa??
kerna cinta kita pada allah SWT tidak begitu kuat n kukuh seperti yang septtnya sbb itu lah allah tarik nikmat cinta itu..
sejauh dlm mane pun cinta kita pada lelaki itu..namun kalau memang dh takdir Allah SWT dia bukan jodoh kita,maknanya bukan lah...so,kte kene lah redha dengan ketentuan dariNya..

hani percaya pada 1 prinsip... cinta tidak selalu bersama jodoh...TETAPI jodoh sentiasa bersama cinta...
setuju x??
miss hani bg contoh kt cini..
dulu org tua kita semua mane ade bercinta seperti kita skrg..jodoh mereka dicari olh org tua masing2..
alhamdulillah kekal smpai ke anak cucu n akhir hayat mereka..
itu lah erti jodoh sentiasa bersama cinta..
pic dr mata hani...caya x?

hani nak share dgn korg semua mengenai cite cinta hani..
hani pernah bercinta dengan seseorang...cinta jarak jauh..kami putus cinta kerana tiada jodoh..
alhamdulillah now dia telah pun bkahwin...
silap dimana nya kami putus??
bg pihak hani,hani rasa hani tidak ade buat ape2 kesalahan pun..tp dia yg salah..
kerna dia mencari cinta hani ketika dia telah pun mempunyai teman wanita..
so,sng cite dia nk pasang dua lah nie...
sepanjang han menjadi kekasih dia..hani tidak pernah tahu yg hani num 2..
hingga lah thn lps...tunang dia add hani kt fb...bru lah hani tahu slama hari ini,hani di tipu..
hani ingt lg..dia seorang yg panas baran..
hidup hani penuh dgn kene marah,kutuk n hinaan dr dia..
kwn2 hani pernah suh hani tinggalkan dia..
tp dek kerna terllau syg n cinta...hani bertahan...
sabar dengan kerenah dia...
akhirnya kteorg putus juga...n ms hani ngn dia putus hani sakit teruk ketika itu..
bertambah2 lah penderitaan hani...
setiap hari hani menangis,sehinggakan ummi sendri sedih melihat keadaan hani.
hani pernah juga bercinta n putus kerna dia kembali kepada penciptaNya..
pun bersedih juga..
cuma hani teringat pesan arwah...
jgn bersedih ats pekara yg belum menjadi hak milik kita..
ade betulnya juga...
dia belum menjadi yg halal utk han..knp perlu hani bersedih lebih2... tol x?

Segmen: Saya Nak Blogger Card By Eqha Hasnan

assalammualaikum n hye korg~~~~
today hani nk kongsi sesuatu ngn korg auw..
hani dijemput oleh http://jai-diari.blogspot.com/
utk join segmen blogger card by egqa hasnan..
jom korg join reramai!!

so,korg dh tgk kn? jom2..... kte ajak sorg blogger utk join jugak..

nama samaran dalam blog: Miss Ha Ni
tarikh start blogging: february 2012
asal negeri: perak lew..
warna tulisan blog: pink.

penyakit jarang jumpa...

assalammualaikum n selamat petang korg...
dh lunch? pembaca sihat x hari nie?
today hani nk share dgn korg pasal penyakit jarang jumpa nie..
hani terpanggil untuk share ngn korg pasal topik nie kerna hani sendiri punya adik yg mempunyai sakit sebegini..
ini lah adik hani..
MUHAMMAD SARUL RIDHAN BIN NORDIN..
ridhan berusia 12 tahun skrg..
dia merupakan seorang kanak2 istimewa..
beliau menghidap penyakit autisme,n tergolong dlm sindrom down juga..
x lupa juga adik seorang hyperactive..
klu korg perasan lah kn,kt dahi dia mcm ade benjol..
actually tuh tengkorak dia yg benjol kehadapan..
hani ingt lg ketika adik dilahirkan..
dia dijadikan bahan ujikaji di hospitaL..
sampel darah diambil utk di jadikan eksperimen..
punya penyakit adk hani sebenarnya..
doc ckp,adk hani ketegori mendapat penyakit yg jarang ketenui..
nisbah 1 dalam 1juta kanak2 akan mendapat penyakit seperti ini..
mula2 nya,hani sndr malu mendapat adk mcm dia..
tp hani tersedar,yg dia adalah segala2nya bg hani..
tnpa dia,hani rasa hani x kuat utk hadapi hidup di dunia nie..
hani ingt lg,masa sekolah..
kawan2 ade yg ejek hani punya adk cacat..
hani x peduli akn semua tuh..
muka adk berlainan dr kteorg semua..muka dia lebih kelihatan seperti jepun..dia mempunyai kulit yg halus..adk sgt lah comel..
hani ingt lg,disebabkan dia hyperactive..
mmg x leh bukak pintu..
klu pintu terbukak,sure dia akn lari kemane2..
x duk diam..
klu g shopping kn,hani terpaksa main kejar2 ngn dia..
ye lah,tkt dia hilang...
kene ler kejar dia..yg dia lak ingt org main kejar2 dia leh lari 1 shopping mall uh..
mmg pnt lyn kerenah dia..
hehehe..
adk hani sgt lah pandai main lappy n dia sgt ske tgk gurl yg cntk n comel lg2 klu gurl uh pki gown..
jd x heren lah,dia x pernah ske main kete mainan,tp sebaliknya dia ske sgt main barbie doll...n punya byk koleksi barbie doll.. utk itu..hani kongsi skit tip kt korg k..

Monday, 14 May 2012

etika memikat hati pasangan anda!!

weee!!! miss hani kt cni nk update n share ngn korg etika memikat pasangan masing2..
korg ingt,bkerja or study je ke ade etika..
nk pikat org pun ade etika k..
so,now~~
miss hani nk ajajr korg etika2 tuh..
nk tahu x ape dia??

1. pelawa makan malam tapi bukan mendesak..
ble korg dh pelawa si dia makan malam,korg kene cari lah restaurant yg korg mampu byr auw..set place semua..tp kn klu si dia menolak..jgn ler desak dia gk..relax bro..
tgu next pelawa lak...okies?? tp klu respond x ok gk..means dia x sudi ler tuh..so phm2 ler erk..
tp kn...utk yg dewasa..boleh ikut style remaja date..
g tgk movie dulu ke..then bru ajak dinner...ok x ??
2. jemput teman anda!
if korg nie guy yg gentlemen! sila jemput si dia ok...
tp klu korg nie gurl jenis berdikari n ade transport,korg leh g sndr tmpt makan malam tuh kn??
cam miss hani x de transport..so,kene ambk lah erk~~
its true!!!
lelaki yg slalu mula kn ajak date nie..tp klu korg as gurl nk ajak pun x jd maslaah kn..now zaman dh berubah.. ngeee
3. bawa ke restaorant yang mampu bayar..
dh ckp kn,bwk ke restaurant yg mampu bayar...jgn ler pula korg bwk g victoria station if x mampu byr k..
b urself!
insyaallah si dia memahami..

4. menarik kerusi untuk si dia duduk..
guy kt luar sana..jd ler gentlemen skit 1st date uh..cuba lah tarik kerusi utk dia duduk..
nie x korg main duduk je..
ade setengah gurl x kisah..tp ade setengah gurl ksah auw!
5. biar wanita pesan makanan dahulu..
korg as guy,b gentlemen ler..pangil ler waiter tuh...n korg leh gk ler suggest makanan utk dia..if korg dh biasa ngn restaurant uh.. n also,bg dia pilih makanan dia dulu...jgn gelojoh abg oit!
6. jangan letak telefon di atas meja.
jgn letak ho kt ats meja..
itu akan menganggu date pertama korg k..
silent kn hp...tp klu mmg ngh tgu pangilan penting..mintk izin g toilet..n jawab hp kt sana k..
7.elak pandang wanita or lelaki lain dengan penuh minat.
di depan si dia boleh lak kn pandang org lain ngh penuh mint..
klu hani lah gurl tuh..
hani reject awal2!
8. topik perbualan.
nk sembang pun,biar lah topik tuh korg tahu..jgn ckp pasal yg korg x tahu..elak kan dr kelentong!
9. bayar bil tetap tangungjawab si lelaki k..
1st date make sure korg yg byr k..jgn malu kn kaum adam yew!!
gurl yg bayar...ngeee.... tp klu dh date yg ke 100th boleh ler kot korg nk share2 byr..or sidia yg byr kn..bgantung ler erk..
10.isyarat temujanji selanjutnya.
sendiri boleh ingt lah bro klu date 1st tuh menjadi atau x yew...
korg leh tgk cr reaksi dia..sama ade,akn ade 2nd date or x..

so,now how??
miss hani dh bg 10 tip kt cni..korg follow jer..insyaallah date berjaya!!
ngeee....miss hani selalu praktis kn...lalalalalla

my potrait dapat award dr nikon malaysia...yeah~~~

yeah~~~
dulu dpt tau pekara yg mengembirakan hani...
potrait nie dpt masuk dlm website nikon malaysia..
nie website dia..

n bru je kejap td..
photog yg snap pic nie pm hani kt fb,
bg tahu now gmbr nie ade kt magazine nikon!!
yeah~`
jom semua cr mag nikon cpt!!
coz ade muka sy..ngeeee

gmbr nie terpilih sbb hani tahu knp!!
juri pun phm..
mmg susah nk snap gmbr hani yg tsenyum mcm nie..
ngee~~
saya nie klu dpn camera susah nk senyum..lalalala
so,now bloeh tido dh..
ngeee...
mood: nk cari mag nie!!
bubye..n nunite

Y nama miss hani nie jadi HaNi... :)

assalammualaikum...n hye korg semua..
ari nie,miss hani nk cite kt korg..
cam mane nama sy leh tukar jd Ha Ni???
nama sebenar siti asmah nordin..
nama nie abah yg bg kt hani..
maksud pada nama siti asmah nie ialah...
LEMAH LEMBUT,BAIK HATI n PEMAAF..
best kn maksud nama sebenar sy..~`
nama hani nie diberi ms mula2 hani nk buat account fb..
kn fb hani potret monalysa hunny..
so,time nie hani mula2 start join modeling..
diaorg pangil hani dulu scha...
last2 ade sorg model nie juga nama nya dipangil scha,so diaorg decide pangil nama hunny sbb ambk dr nama fb hani ler..
ngeeee~~~
so lekat lah smpai skrg nama jadi hunny..
ejaan nama hunny jadi Ha Ni lak knp kn?
sbb hani tgk cite korean..
nama watak tuh Oh Ha Ni..
ngeee.....sama cam nama pangilan ktew lah~~
tuh yg tukar Ha Ni..
hope korg semua x keliru dh k..
byk gk org tnya knp x guna naam sbenar..
sy guna je nama sebenar..
cuma dlm modeling je guna nama hani..
sbbnya nak glamour~~~!!!
hahahahaha....
perasan cun jew kn??
ngeee....
nie rupa sy...

Saturday, 12 May 2012

HaPPy MothEr DaYs~~~

assalammualaikum n hye korg2...
mcm mane baca blog hani? ok x?
hope korg enjoy erk..
sorry hani dh lama x menulis,before ade blog gk..tp kn dh close..sbb kontroversi melanda..kikiki
TOPIC UTK HARI NI:
MOTHERS DAY~~
nie dia ummi tercinta... zaiton abdullah..
ummi hani nie berasal dari dearah di selatan thai..
dia merantau ke cni,n akhirnya bkahwin dgn abah hani..
ummi hani seorang yg sgt2 penyabar..
ummi byk story kt hani ms dia nk besarkan hani yg nakal nie..
sy memang budak nakal dari kecik..
hani ske buli adk hani..
sy mmg dr kecik mint bergaya n ummi selalu mepergayakan hani dgn mcm2 fesyen k..
so, x ralat sgt lah if ble hani dewasa nie hani join modeling..
hehehe.....

Friday, 11 May 2012

jodoh itu rahsia allah...

assalammualaikum..
tiba2 miss hani terpangil utk menulis tentang
JODOH ITU RAHSIA ALLAH..
allah swt telah pun merancang sesuatu yg hebat utk setiap umatnya..
kita sebagai umatnya harus lah byk berdoa n berusaha utk menjadi umat yg tbaik..
jodoh merupakan satu ketentuan dari allah swt..
jika hubungan itu terputus di tengah jalan..jgn lah kita meyalahi allah swt..
septtnya kita bsyukur..
mungkin allah sediakan jodoh yg lebih baik dr dia...
 
jodoh terbahagi kepada 3:
nak tahu x ape dia??
mcm dlm syuga cinta...
1) JODOH DARI SYAITAN~~
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN~~
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH SWT~~
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.



bg miss hani,apa jua cinta sekali pun..ianya kuasa allah swt...
jika kita mencari jodoh berdasarkan islam insyaallah...bahgia dunia akhirat..
Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.


Jika takdir ALLAH menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya,
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya,
Kita tetap akan bersama dirinya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insyaALLAH.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T ♥

ummi hani selalu ckp..klu kita hendak dpt kn petunjuk..kita buat solat istikarah..
begitu juga dgn soal jodoh nie..
anda sudah solat istikarah ke jika anda ingin kan petunjuk dr allah swt??
solat istikarah ini sunat dilakukan bagi sesiapa yang berkeinginan sesuatu dan dia keliru utk membuat keputusan..
rasulullah bermaksud:
“Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan dengan sesuatu maka hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (iaitu, mengerjakan solat dua rakaat) yang selain daripada solat yang fardhu.
Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau (iaitu memohon pilihan dan kebaikan daripada-Mu) dengan ilmu-Mu, dan aku memohon kurniaan kuasa dengan kuasa-Mu, dan aku juga memohon daripada kemurahan-Mu Yang Maha Agung.
Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi.
Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini adalah baik bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian, berkatilah bagiku di dalam pilihan ini.
Dan andai kata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.”
(Riwayat Bukhari)
mengenai petunjuk dr solat istikarah ini pula,bukan lah melalui mimpi..
ia cuma lah ketetapan diri sendiri atau rasa senang dengan pilihan setelah berdoa dan memohon petunjuk dari allah swt..
bagi miss hani jgn lah kita persalahkan allah dgn mengatakan allah kerja lembab lah dlm soal jodoh ini..utk pengetahuan kalian...pak cik miss hani ketemu jodoh nya ketika dia berusia 56 tahun.. 
alhamdulillah..mereka bahagia sekarang..
berdoalah pada allah swt agar allah memberikan kita jodoh yg tbaik buat diri kita..
mohon lah petunjuk dari nya..
sekian dari miss hani utk pembaca kali ini..
sekiann.. ^,^

Thursday, 10 May 2012

Poligami mengikut sunnah..

gambar sebagai hiasan..

allah taala telah berfirman dalam surah An.Nisa,ayat 3 yang bermaksud,

" Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."

islam turut mengharus kan poligami atas beberapa sebab..
1) keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
2) isteri tidak dapat melahir kan zuriat.
3) suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehingga kan isteri tidak mampu lagi memenuhi keinginannya.
4) membela kaum wanita yang menjadi balu atau pun janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakan agama Allah.

antara kebaikan berpoligami:

  • - Menyelamatkan suami daripada melakukan penzinaan disebabkan wujudnya halangan berbentuk syariat bagi wanita iaitu haid dan nifas.
  • - Mendapatkan keturunan kerana isteri disahkan tidak dapat melahirkan anak atau isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haid.
  • - Memelihara lelaki yang mempunyai kemahuan dan nafsu seks yang tinggi daripada melakukan zina.
  • - Poligami menghindar daripada berlaku perceraian kerana isteri mandul, sakit atau terlalu tua.
  • - Menghindari daripada perempuan bergelar anak dara tua di mana zaman sekarang lebih ramai perempuan daripada lelaki dan mereka dapat merasai kehidupan berumahtangga.
  • - Keperluan lelaki yang berhijrah jauh mencari rezeki, yang sentiasa kesunyian tiada teman bagi mengelakkan berlakunya hubungan haram.
  • - Andainya poligami tidak dibolehkan, wanita hanya akan menjadi alat pemuas nafsu bagi mereka yang mempunyai harta dan kesenangan tetapi tidak mempunyai tanggujawab sepatutnya terhadap wanita tersebut.
  • - Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah keturunan yang merosakkan kesejahteraan umat manusia. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza daripada anak yang sah, dan mengelakkan anak dan keluarga terasa malu dengan keturunannya.
  • - Menambah hubungan antara keluarga melalui ikatan yang dijalinkan.
  • - Kehormatan wanita akan terjaga apabila ia dilindungi oleh kaum Adam yang ingin mengambilnya sebagai isteri.
  • - Memberi kesempatan yang lebih besar kepada para isteri beramal apabila tibanya giliran isteri yang kedua.
  • - Menambah bilangan keturunan.
  • - Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan isteri digilirkan.


hani update pasal poligami nie bukan lah utk memberitahuya  yg hani sokong akan berpoligami nanti sekiranya suami hani nanti ingin berpoligami..
tetapi sekadar ingin berkongsi ilmu yang hani baca..
tak salah jika suami hendak berpoligami..tetapi mesti lah mengikut cara islam..
suami harus lah adil dalam segala hal seperti dalam hal memberi nafkah,memberi tempat tinggal dan juga dalam giliran bagi setiap isterinya..
bagi hani,sekiranya ditakdir kan hani akan bermadu,dalam erti kata dalam menjadi isteri kedua atau hani mendapat madu.. hani tidak keberatan utk menolak..tetapi bakal suami hani nanti harus lah menepati syarat2 yang bakal hani letak untuk dia berpoligami..
antaranya, dia adalah muslim sejati..
jangan lah jadi seperti ini pula ya 
' tidak solat,tidak berpuasa, tetapi bila hendak berkahwin lebih dari satu sedia bilang ingin mengikut sunnah Nabi Muhamaad SAW'

hehehe....
malunya rasa....kenapa time nk berkahwin lebih dr satu,baru sedar akan ingin mengikuti sunnnah Nabi..tetapi ketika hidup harian nya tiada apa pun sunnah nabi yang diikutinya..
oleh itu,para pembaca blog hani yang mana mereka dikalangan suami mahupun akan menjadi suami, hendak lah berfikir dengan lebih rasional untuk berkahwin lebih dari satu..
mengikut apa yang hani nampak,bukan lah senang mempunyai isteri lebih dari seorang nie..
rata2 yang hani nampak selalunya mestilah pekara paling utama pasal ONGKOSnya tebal..
jika diri sendiri pun x tertangung jgn lah berangan utk memiliki isteri lebih dr seorang..
 bagi isteri yang telah pun dimadukan atau bakal dimadukan..
hani nasihat kan lebihkan dalam mendekatkan diri anda dengan ALLAH SWT..
hanya allah yang tahu apa yang terbaik utk diri kita..
insyaallah..
apa yang terjadi akan memberi seribu hikmah..
 maafkan hani sekiranya entry ini buatkan pembaca luar sana marah ye..sekadar inign berkongsi ilmu yang hani tahu...
apa yang baik datang nya dr allah, yang tak baik dtgnya dari diri hani sendiri..
sekian utk kali ini..
gambar sebagai hiasan.. ^,^