assalammualaikum..
tiba2 miss hani terpangil utk menulis tentang
JODOH ITU RAHSIA ALLAH..
allah swt telah pun merancang sesuatu yg hebat utk setiap umatnya..
kita sebagai umatnya harus lah byk berdoa n berusaha utk menjadi umat yg tbaik..
jodoh merupakan satu ketentuan dari allah swt..
jika hubungan itu terputus di tengah jalan..jgn lah kita meyalahi allah swt..
septtnya kita bsyukur..
mungkin allah sediakan jodoh yg lebih baik dr dia...
jodoh terbahagi kepada 3:
nak tahu x ape dia??
mcm dlm syuga cinta...
1) JODOH DARI SYAITAN~~
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JIN~~
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAH SWT~~
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
bg miss hani,apa jua cinta sekali pun..ianya kuasa allah swt...
jika kita mencari jodoh berdasarkan islam insyaallah...bahgia dunia akhirat..
Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.
Jika takdir ALLAH menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya,
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya,
Kita tetap akan bersama dirinya.
Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insyaALLAH.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T ♥
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.
Jika takdir ALLAH menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya,
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya,
Kita tetap akan bersama dirinya.
Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insyaALLAH.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T ♥
ummi hani selalu ckp..klu kita hendak dpt kn petunjuk..kita buat solat istikarah..
begitu juga dgn soal jodoh nie..
anda sudah solat istikarah ke jika anda ingin kan petunjuk dr allah swt??
solat istikarah ini sunat dilakukan bagi sesiapa yang berkeinginan sesuatu dan dia keliru utk membuat keputusan..
rasulullah bermaksud:
“Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan dengan sesuatu maka hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (iaitu, mengerjakan solat dua rakaat) yang selain daripada solat yang fardhu.
Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau (iaitu memohon pilihan dan kebaikan daripada-Mu) dengan ilmu-Mu, dan aku memohon kurniaan kuasa dengan kuasa-Mu, dan aku juga memohon daripada kemurahan-Mu Yang Maha Agung.
Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi.
Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini adalah baik bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian, berkatilah bagiku di dalam pilihan ini.
Dan andai kata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.”
- (Riwayat Bukhari)
mengenai petunjuk dr solat istikarah ini pula,bukan lah melalui mimpi..
ia cuma lah ketetapan diri sendiri atau rasa senang dengan pilihan setelah berdoa dan memohon petunjuk dari allah swt..
bagi miss hani jgn lah kita persalahkan allah dgn mengatakan allah kerja lembab lah dlm soal jodoh ini..utk pengetahuan kalian...pak cik miss hani ketemu jodoh nya ketika dia berusia 56 tahun..
alhamdulillah..mereka bahagia sekarang..
berdoalah pada allah swt agar allah memberikan kita jodoh yg tbaik buat diri kita..
mohon lah petunjuk dari nya..
sekian dari miss hani utk pembaca kali ini..
sekiann.. ^,^
No comments:
Post a Comment