gambar sebagai hiasan..
allah taala telah berfirman dalam surah An.Nisa,ayat 3 yang bermaksud,
" Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya." islam turut mengharus kan poligami atas beberapa sebab.. 1) keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit. 2) isteri tidak dapat melahir kan zuriat. 3) suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehingga kan isteri tidak mampu lagi memenuhi keinginannya. 4) membela kaum wanita yang menjadi balu atau pun janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakan agama Allah. antara kebaikan berpoligami:
hani update pasal poligami nie bukan lah utk memberitahuya yg hani sokong akan berpoligami nanti sekiranya suami hani nanti ingin berpoligami.. tetapi sekadar ingin berkongsi ilmu yang hani baca.. tak salah jika suami hendak berpoligami..tetapi mesti lah mengikut cara islam.. suami harus lah adil dalam segala hal seperti dalam hal memberi nafkah,memberi tempat tinggal dan juga dalam giliran bagi setiap isterinya.. bagi hani,sekiranya ditakdir kan hani akan bermadu,dalam erti kata dalam menjadi isteri kedua atau hani mendapat madu.. hani tidak keberatan utk menolak..tetapi bakal suami hani nanti harus lah menepati syarat2 yang bakal hani letak untuk dia berpoligami.. antaranya, dia adalah muslim sejati.. jangan lah jadi seperti ini pula ya ' tidak solat,tidak berpuasa, tetapi bila hendak berkahwin lebih dari satu sedia bilang ingin mengikut sunnah Nabi Muhamaad SAW' hehehe.... malunya rasa....kenapa time nk berkahwin lebih dr satu,baru sedar akan ingin mengikuti sunnnah Nabi..tetapi ketika hidup harian nya tiada apa pun sunnah nabi yang diikutinya.. oleh itu,para pembaca blog hani yang mana mereka dikalangan suami mahupun akan menjadi suami, hendak lah berfikir dengan lebih rasional untuk berkahwin lebih dari satu.. mengikut apa yang hani nampak,bukan lah senang mempunyai isteri lebih dari seorang nie.. rata2 yang hani nampak selalunya mestilah pekara paling utama pasal ONGKOSnya tebal.. jika diri sendiri pun x tertangung jgn lah berangan utk memiliki isteri lebih dr seorang.. bagi isteri yang telah pun dimadukan atau bakal dimadukan.. hani nasihat kan lebihkan dalam mendekatkan diri anda dengan ALLAH SWT.. hanya allah yang tahu apa yang terbaik utk diri kita.. insyaallah.. apa yang terjadi akan memberi seribu hikmah.. maafkan hani sekiranya entry ini buatkan pembaca luar sana marah ye..sekadar inign berkongsi ilmu yang hani tahu... apa yang baik datang nya dr allah, yang tak baik dtgnya dari diri hani sendiri.. sekian utk kali ini.. gambar sebagai hiasan.. ^,^ |
No comments:
Post a Comment